Swiss Cash Banned !
05 Sep 2006 – Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ingin memaklumi orang ramai bahawa Swiss Mutual Fund, sebuah syarikat yang mempromosikan dana Swiss Cash, tidak mempunyai lesen atau dikecualikan daripada keperluan mendapat lesen daripada Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit.
Syarikat ini juga tidak diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk menjalankan aktiviti atau perkhidmatan pengurusan aset di Malaysia. Dana Swiss Cash yang dipromosikan oleh Swiss Mutual Fund tidak mendapat kelulusan atau pengesahan daripada Suruhanjaya Sekuriti.
Dana Swiss Cash ialah program pelaburan berasaskan internet yang dipromosikan oleh Swiss Mutual Fund, sebuah syarikat pengurusan dana yang mendakwa ia berdaftar di luar negeri, dan peluang pelaburan dalam dana itu ditawarkan melalui Internet dan ejen tempatan.
Orang ramai hendaklah melabur melalui institusi yang diberi lesen oleh pihak berkuasa sahaja. Sekiranya terdapat keraguan, orang ramai perlu menyemak dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau pihak berkuasa lain yang berkaitan mengenai status pelesenan syarikat tempatan atau asing yang berkenaan sebelum membuat sebarang pelaburan.
Orang ramai boleh menghubungi Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai dana itu:
Jabatan Aduan, Suruhanjaya Sekuriti
Tel: 03 6204 8999
Fax: 03 6204 8991
E-mail: aduan@seccom.com.my
Bank Negara Malaysia (Special Investigation Unit)
Tel: 03 2691 0824 / 2692 6482 / 2698 2810 / 2694 2143
Fax: 03 2698 7467
E-mail: info@bnm.gov.my
Popularity: 1% [?]
- JAF Japan Automobile Federation
- Car buyers to pay more due to interest rate hike
- Sehari bersama SatriaNeoClub.Com di Putrajaya
- D1 – www.d1gp.com.my
- Check PDRM/JPJ saman online





Comment by runner on 9 September 2006:
Swiss Cash mcm skim2 cepat kaya yang lain..too good to be true.
Comment by sicksand on 9 September 2006:
can i know where the source of this news. thank you.
Comment by Jay on 19 January 2007:
Belum kena belum tahu … sekarang kebanyakan rakyat Malaysia nak jadi kaya raya dengan skim2
yg tidak memerlukan usaha. Kesimpulanya rakyat Malaysia terlalu bodoh dan senang di
permain-mainkan termasuk datuk-datuk yang melabur di dalam skim ini.Harap-harap geran tanah
jangan dijual sekali , kerana benda ini boleh dikatakan judi.